5 PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMBUAT BISNES

Salam.

Hari ni nak kongsi 5 tips dalam pemilihan bisnes.

Sesuai untuk newbies, silalah buat pertimbangan sewajarnya supaya tak tersalah pilih.

Bisnes memang mudah, bila kita tengok orang lain buat. Hehe.

Bila sendiri buat, memang terasa juga lah payahnya.

Biar pun begitu, itulah yang mematangkan kita dalam menjadi seorang yang berjaya di masa
hadapan.

Kejayaan masa hadapan bergantung pada pilihan yang kita buat pada hari ini.

Apa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memilih bisnes?

Satu : Modal rendah, kurang risiko rugi

Tiada siapa yang mahukan kerugian. Tetapi, tiada apa bisnes yang langsung tiada kerugian langsung.

Jadi, pilihlah yang PALING RENDAH risiko kerugian.

Dua : Automated

Maksudnya bukan kita yang kena hadap 24jam, kalau tiada kita makan bisnes pun berhenti.

Tak mahu macam tu. Kita mahukan yang bisnes masih berjalan walaupun kita berada di kampung bercuti bersama keluarga, mahupun sedang bermalam di hospital kerana anak sakit.

Tiga : Produk yang bagi manfaat pada orang lain

Hidup ni biarlah bermanfaat, gitu. Nak jual produk, carilah produk yang akan bagi manfaat pada
pembeli tu nanti. Di sinilah pentingnya pilih produk yang sudah bertapak lama di pasaran, itu
tanda ianya stabil dan pastinya menyakinkan pengguna. Kalau produk cikai, 10 tahun dah cukup
untuk bungkussss.

Lagi bagus, pastikan produk yang kita jual tu ada kajian dan ujian oleh
saintis.

Empat : Pastikan produk tu adalah yang boleh dapat repeat order

Inilah hasil apabila kita memilih produk yang betul. Bila pengguna dah beli sekali, dia berpotensi
untuk repeat order kerana percaya dengan produk dan pastinya dah pun rasai keberkesanan produk tersebut kan?

Sesungguhnya memberi servis yang baik kepada existing customer lebih mudah dan masyuk berbanding pulun nak cari customer baru.

Lima : Cari biz yang ada mentor

Ni yang ramai tak ambil berat. Mentor ni lah yang akan tunjuk jalan untuk berjaya, dan yang lagi best mereka akan tunjukkan short-cut kepada kejayaan, sebab mereka dah pun lalui jalan yang kita baru nak lalu ni. Bukankah itu bijak dan menjimatkan masa?

APA PILIHAN YANG ADA ?

Saya dah pun berjumpa dengan bisnes yang ada kelima-lima ciri di atas.

– Saya hanya bayar RM80 untuk yuran keahlian seumur hidup. Kos modal yang murah. In case suatu hari nanti tiba-tiba malas nak bisnes, saya masih beruntung kerana boleh berjimat dengan membayar harga ahli untuk mendapatkan vitamin Shaklee.

– Bisnes saya banyak menggunakan blog. Blog adalah umpama kedai 24jam, yang berjalan seperti biasa walaupun saya sedang nyenyak tidur.

Malah, customer mampu
buat pembelian produk MELALUI saya TANPA BERHUBUNG dengan saya.

– Sudah pun bertapak lebih 100tahun di pasaran global, malah mempunyai kajian dan ujian setiap tahun atas produk untuk memastikan keberkesanannya terjamin. Saya dah
makan vitamin Shaklee sejak 2012, dan saya memang merasakan keberkesanan produk.

– Sememangnya majoriti customer akan repeat order sebab dah rasa sendiri kebaikan vitamin Shaklee pada kesihatannya.

– Bisnes saya ada mentor dalam grup besar iReach. Saya juga sudah memiliki grup sendiri yang diberi nama Success Addict yang ahlinya berada di serata Malaysia.

Saya sudah bercerita tentang 5 perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memilih bisnes.

Moga dapat membantu anda membuat keputusan.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai bisnes bersama saya, cepat-cepatlah hubungi saya ya.

Klik untuk direct whatsapp :

http://www.wasap.my/60195161862/

3 RAHSIA BERJAYA BISNES SHAKLEE KHAS UNTUK ORANG MUDA

Salam.

Seperti yang sedia maklum, kumpulan Shaklee under saya yang diberi nama Success Addict
dipelopori oleh golongan muda.

Muda tu berapa umurnya ? 20-an saya anggap muda. 90% ahli
Success Addict adalah golongan 20-an.
Orang muda dan orang berusia, ada lebih dan kurangnya.

Kali ni saya nak kongsi rahsia bisnes Shaklee untuk orang muda.

Hmmm actually ramai je yang dah tahu, tapi tak ramai yang aplikasikan dalam bisnes.

Sekadar tahu je, tapi tak buat apa, tak jadi juga.

Kalau ikut apa yang disebut dalam rahsia ini, insyaAllah kejayaan milik anda!

Hanya 3 langkah mudah.

Sila buat dan ulang buat, dan ulang buat.

[LANGKAH PERTAMA] : TENTUKAN TARGET PROSPEK (AUDIENCE) ANDA

Ini adalah contoh ya.

– Prospek berusia 20-an
– Prospek adalah berstatus pelajar
– Prospek ialah wanita

[LANGKAH KEDUA] : KENAL PASTI MASALAH UTAMA PROSPEK (AUDIENCE) ANDA

Ini adalah contoh ya.

– Masalah asyik keletihan
– Masalah sukar bangun pagi
– Masalah sukar stay up di malam hari untuk belajar

[LANGKAH KETIGA] : TENTUKAN SOLUSI UNTUK PROSPEK (AUDIENCE) ANDA

Ini adalah contoh ya.

– Ostematrix dan Omega Guard untuk atasi keletihan

– ESP untuk tenaga di awal pagi
– Cinch Tea untuk stay up dengan jayanya di malam hari

Haaaaa, nampak tak?

Bila kita SENARAIKAN dan buat 3 langkah di atas, kita akan lebih berfokus, dan mudahlah prospek nak datang kepada kita.

Mahu tips lebih power lagi mantop?

Jemput mendaftar jadi ahli dalam grup saya, Success Addict.

*kenyit mata*

GRADUAN MEMILIH KERJA

Tak salah langsung kalau mahu memilih kerja.

Sebab kitalah yang kena hadap kerja tu nanti.

Kang kalau tak memilih, main terima je kerja apa-apa, then mula lah nak mengeluh segala.

Kan ke tak baik untuk jiwa, buruk pula dilihat orang?

Silakan memilih, tapi jangan sampai menyusahkan orang lain.

Susahkan orang lain tu macam mana ye?

Contohnya, kita tak ada kerja, kemudian terpaksa menumpang rumah orang dalam masa yang lama tanpa buat apa2.

Lagi sadis, bila kita sendiri seolah selesa dengan keadaan sebegitu, melengahkan proses mancari kerja dengan alasan nak pilih kerja, nak income tinggi contohnya.

Iya silakan memilih, tapi silakan bertimbang rasa.

SEMUA ORANG MAHUKAN KEJAYAAN

Salam.

Sebagai post pertama, mari kita mengakui bahawa kita semua mahu berjaya.

Tak ada sesiapa yang mahukan kegagalan dalam hidupnya.

Tetapi, harga yang perlu ‘dibayar’ untuk sebuah kejayaan ternyata amat mahal sekali.

Kerana ia menuntut kita untuk berlawan dengan diri sendiri!

Diri sendiri yang seakan selesa dengan ‘comfort zone’ yang hakikatnya tak lah selesa mana.

Tapi kita lebih rela berada di situ berbanding keluar dan mula menaikkan taraf kehidupan.

Antara sebab blog ini dibuat adalah untuk bercerita tentang bisnes dan kisah-kisah kehidupan yang lain.

Moga pembaca mendapat manfaat dan lebih ramai orang yang melangkah mendekati kejayaan.

Salam sayang,

Saya Gja.

Good company in a journey makes the way seem shorter. — Izaak Walton

post